Kelab ini pada awalnya ditubuhkan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) cawangan Kuala Lumpur, Kampus Semarak pada tahun 1992. Untuk meneruskan kesinambungannya, sebuah jawatankuasa pelaksana Kelab Kaunseling Dan Kerjaya (KKDK) di UTM Skudai telah diwujudkan. Oleh itu, pada tanggal 1 Jun 1996, jawatankuasa tersebut telah berjaya dibentuk secara rasmi yang terdiri daripada kumpulan Pembimbing Rakan Sebaya, AJK Pesta Kerjaya ’96 dan Unit Perkhidmatan Sokongan Pelajar. Pengambilan ahli telah dilakukan melalui proses temuduga. KKDK pada masa sekarang mempunyai ahli seramai lebih 500 orang. KKDK dinaungi oleh Pusat Kaunseling & Kerjaya, Pejabat Hal Ehwal Pelajar. Aktiviti tahunannya adalah seperti ceramah-ceramah yang berkaitan dengan kaunseling dan kerjaya, forum, kursus kecemerlangan dan motivasi, penerbitan dan perundingan. Manakala acara tahunan terbesar KKDK pula adalah seperti Pesta Kerjaya, Bengkel Kerjaya dan Seminar Kaunseling Remaja Negeri Johor.
Logo Rasmi KKDK
MATLAMAT KELAB KAUNSELING DAN KERJAYA
Melahirkan teknokrat-teknokrat yang bermotivasi tinggi, berketrampilan , matang dan yakin pada diri sendiri.
OBJEKTIF KELAB KAUNSELING DAN KERJAYA
- Membantu mahasiswa dalam membangunkan potensi yang sedia ada dalam pelbagai bidang yang diceburi.
- Membentuk mahasiswa yang bermotivasi tinggi, berdaya maju dan mempunyai daya saing yang tinggi dalam menangani pelbagai masalah.
- Menyemai daya kepimpinan diri supaya mampu melaksanakan tugas, peranan dan tanggungjawab secara jujur, ikhlas dan amanah.
- Menjadi ‘pemudah cara’ kepada mahasiswa lain dalam menyelesaikan masalah.
- Mengembalikan kecemerlangan dan kegemilangan mahasiswa sebagai penggerak masyarakat ke arah yang lebih positif.
- Memberi pendedahan awal dan membantu mahasiswa dalam kerjaya yang ingin diceburi.
COGANKATA KELAB KAUNSELING DAN KERJAYA
-Ke Arah Kecemerlangan Bersama-
0 comments:
Post a Comment