Ikrar KKDK
“Bahawasanya kami ahli Kelab Kaunseling Dan Kerjaya, Universiti Teknologi Malaysia. Berikrar akan sentiasa;
Mengikut landasan agama kami,
Memajukan dan memelihara keperibadian diri, organisasi dan agama,
Saling memahami dan mempercayai sesama ahli,
Patuh kepada segala perintah dan arahan ketua,
Dan menerima rakan seadanya,
“Ke Arah Kecemerlangan Bersama.”
Pengertian Ikrar
Ikrar KKDK adalah ikrar yang mesti dilafazkan oleh setiap ahli Kelab Kaunseling Dan Kerjaya, Universiti Teknologi Malaysia. Terdapat 5 prinsip di dalam Ikrar KKDK yang mesti diikuti dan dipatuhi oleh ahli KKDK
Prinsip pertama
Mengikut landasan agama kami,
Maksudnya
Setiap ahli KKDK seharusnya mengikut segala suruhan dan meninggalkan segala larangan yang telah ditetapkan oleh Tuhan.
Prinsip kedua
Memajukan dan memelihara keperibadian diri, organisasi dan agama.
Maksudnya
Setiap ahli KKDK diseru agar sentiasa memajukan dan membaiki diri dalam segala aspek kehidupan samada dalam akademik, sahsiah, kepimpinan, ilmu agama dan sebagainya. Pada masa yang sama, ahli KKDK diingatkan supaya menjaga keperibadian dan maruah diri, organisasi dan agama supaya nama KKDK tidak tercemar.
Prinsip ketiga
Saling memahami dan mempercayai sesama ahli,
Maksudnya
Setiap ahli KKDK hendaklah saling mengenali dan memahami diri setiap ahli dalam KKDK. Dengan adanya persefahaman ini akan lahirlah sifat saling mempercayai antara satu sama lain yang dapat menghapuskan perasaan salah sangka, iri hati dan tidak berpuas hati. Mewujudkan perhubungan yang ikhlas antara sesama ahli.
Prinsip keempat
Patuh kepada segala perintah dan arahan ketua,
Maksudnya
Setiap ahli KKDK hendaklah mengikut segala perintah dan arahan yang diberi serta bertanggungjawab untuk kebaikan bersama selagi tidak bercanggah dengan landasan agama dan sifat perikemanusiaan.
Prinsip kelima
menerima seadanya,
Maksudnya
Setiap ahli KKDK hendaklah menerima orang lain tanpa menetapkan syarat tetapi hanya kerana Tuhan yang satu. Sifat syukur apa yang ada dan sabar dengan segala dugaan dan cabaran haruslah disemai dalam diri setiap ahli KKDK. Kita tidak mampu mengubah orang lain melainkan diri empunya diri. Jadilah rakan yang mampu bersabar dan yakin akan dirinya.
Pedoman KKDK
Keikhlasan, Kesetiaan Dan Kekeluargaan
Maksudnya
Pedoman KKDK adalah satu panduan yang dipegang oleh ahli KKDK ke arah kecemerlangan bersama.
Keikhlasan
Ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Tuhan, membaiki diri dan mendapatkan pengalaman.
Kesetiaan
Memberikan komitmen setakat terdaya kepada KKDK dan tidak memburukkan dan menjatuhkan nama baik KKDK.
Kekeluargaan
Ahli KKDK antara satu sama lain adalah seperti adik beradik dalam sebuah keluarga. Sehubungan dengan itu menjadi tanggungjawab ahli KKDK untuk mewujudkan keluarga KKDK yang bahagia dan harmoni.
Budaya Hidup Ahli KKDK
Budaya Hidup Ahli KKDK mempunyai 10 prinsip yang harus diamalkan bagi menunjukkan identiti ahli KKDK.
1. Pengurusan organisasi yang mantap dan sistematik.
2. Berusaha untuk menepati masa.
3. Berani dan bersedia untuk mencuba sesuatu yang baru.
4. Mempunyai kemahuan ingin belajar yang tinggi dan pada masa yang sama mengamalkannya dalam kehidupan.
5. Menjaga tatasusila dan adab sopan.
6. Saling menghormati antara satu sama lain.
7. Mempunyai keyakinan dan motivasi diri yang mantap.
8. Sentiasa berbincang bersama untuk mendapatkan kata sepakat dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
9. Berkongsi bersama ahli KKDK yang lain segala pengalaman, kejayaan dan kesusahan.
10. Sentiasa mewujudkan suasana kekeluargaan yang mesra dan ceria.
7 Cabaran KKDK
7 Cabaran KKDK adalah di antara cabaran yang bakal dihadapi oleh setiap ahli KKDK dalam mengharungi kehidupan ini.
1. Cabaran dalam aspek kepimpinan KKDK yang mantap, bertanggungjawab, dinamik dan mempunyai komitmen yang tinggi.
2. Cabaran dalam aspek akademik bagi mencapai keputusan cemerlang
3. Cabaran dalam aspek kesetiaan ahli KKDK untuk mengerakkan KKDK ke arah kecemerlangan
4. Cabaran dalam mendapat kepercayaan sesama ahli KKDK.
5. Cabaran daripada pihak luar yang ingin bersaing dengan KKDK
6. Cabaran untuk memartabatkan agama ke arah menjadikan agama sebagai satu cara hidup.
7. Cabaran dalam melahirkan ahli KKDK yang mempunyai identiti yang tersendiri.
0 comments:
Post a Comment