7:28 AM

Lagu myKKDK

Posted by myKKDK

Ini adalah senarai koleksi lagu Kelab Kaunseling & Kerjaya... Hayatilah mesej yang cuba disampaikan....

Dengan Satu Tekad [Lagu Tema Career Fair]



Mentari menjelang ceria

Hari yang ditunggu kini tiba

Bersama kita hadapinyaƂ…

Hayunlah langkah bak perwira

Rancanglah gerak tetapkan hala

Memperkasakan diri kita...

Brigde:

Dengan satu tekad yang sama

Kan kita jelmakan mimpi jadi nyata

Ke arah kecemerlangan bersama

Usah ditunggu masa berlalu

Kelak yang sesal hanyalah kamu

Yakinlah kita jangan ragu

Walau sedih walau susah

Itulah adat insan yang lemah

Terangilah jalan untuk semua

Bridge:

Demi satu matlamat mulia

Kan kita pastikan ianya berjaya

Menuju ke puncak kejora

Chorus:

Kasih sayang sama dijunjung

Walau tak nampak macam untung

Berat dipikul ringan ditampung

Susah senang sama tanggung

Menanti kejayaan datang percuma

Ibarat menunggu bulan jatuh ke riba

Atasi rintangan bersama

Dengan satu tekad

Pesta kerjaya 2004

Kelab Kaunseling Dan Kerjaya... 2X



Kecemerlangan Kita & Kengkawan [Lagu Tema KKDK]


Wahai kawan²ku semua

Marilah menuju kea rah

Kecemerlangan bersama kita

Cari bersama…oh…oh…

Berusaha teras kemajuan

UTM hala tuju kita

Cekal hadapi bersama

Maju terus maju...

chorus

KKDK tempat berjumpa

Bersama susah senang harungi

Kenangan diukir manis

Yg pahit jadi pedoman

Wahai kawan²ku sayang

Jgnlah bersedih lagi

Kita kongsi pengalaman

Hadapi bersama

Ulangi chorus

Kuatkan semangat juangmu

Tabahkanlah hatimu kawan

Pasti kita kan berjaya nanti

Teruskan perjuangan 2X

Aaah...

KKDK terus maju...


7:24 AM

Perlembagaan myKKDK

Posted by myKKDK

Ikrar KKDK

“Bahawasanya kami ahli Kelab Kaunseling Dan Kerjaya, Universiti Teknologi Malaysia. Berikrar akan sentiasa;

Mengikut landasan agama kami,

Memajukan dan memelihara keperibadian diri, organisasi dan agama,

Saling memahami dan mempercayai sesama ahli,

Patuh kepada segala perintah dan arahan ketua,

Dan menerima rakan seadanya,

“Ke Arah Kecemerlangan Bersama.”

Pengertian Ikrar

Ikrar KKDK adalah ikrar yang mesti dilafazkan oleh setiap ahli Kelab Kaunseling Dan Kerjaya, Universiti Teknologi Malaysia. Terdapat 5 prinsip di dalam Ikrar KKDK yang mesti diikuti dan dipatuhi oleh ahli KKDK

Prinsip pertama

Mengikut landasan agama kami,

Maksudnya

Setiap ahli KKDK seharusnya mengikut segala suruhan dan meninggalkan segala larangan yang telah ditetapkan oleh Tuhan.

Prinsip kedua

Memajukan dan memelihara keperibadian diri, organisasi dan agama.

Maksudnya

Setiap ahli KKDK diseru agar sentiasa memajukan dan membaiki diri dalam segala aspek kehidupan samada dalam akademik, sahsiah, kepimpinan, ilmu agama dan sebagainya. Pada masa yang sama, ahli KKDK diingatkan supaya menjaga keperibadian dan maruah diri, organisasi dan agama supaya nama KKDK tidak tercemar.

Prinsip ketiga

Saling memahami dan mempercayai sesama ahli,

Maksudnya

Setiap ahli KKDK hendaklah saling mengenali dan memahami diri setiap ahli dalam KKDK. Dengan adanya persefahaman ini akan lahirlah sifat saling mempercayai antara satu sama lain yang dapat menghapuskan perasaan salah sangka, iri hati dan tidak berpuas hati. Mewujudkan perhubungan yang ikhlas antara sesama ahli.

Prinsip keempat

Patuh kepada segala perintah dan arahan ketua,

Maksudnya

Setiap ahli KKDK hendaklah mengikut segala perintah dan arahan yang diberi serta bertanggungjawab untuk kebaikan bersama selagi tidak bercanggah dengan landasan agama dan sifat perikemanusiaan.

Prinsip kelima

menerima seadanya,

Maksudnya

Setiap ahli KKDK hendaklah menerima orang lain tanpa menetapkan syarat tetapi hanya kerana Tuhan yang satu. Sifat syukur apa yang ada dan sabar dengan segala dugaan dan cabaran haruslah disemai dalam diri setiap ahli KKDK. Kita tidak mampu mengubah orang lain melainkan diri empunya diri. Jadilah rakan yang mampu bersabar dan yakin akan dirinya.


Pedoman KKDK

Keikhlasan, Kesetiaan Dan Kekeluargaan

Maksudnya

Pedoman KKDK adalah satu panduan yang dipegang oleh ahli KKDK ke arah kecemerlangan bersama.

Keikhlasan

Ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Tuhan, membaiki diri dan mendapatkan pengalaman.

Kesetiaan

Memberikan komitmen setakat terdaya kepada KKDK dan tidak memburukkan dan menjatuhkan nama baik KKDK.

Kekeluargaan

Ahli KKDK antara satu sama lain adalah seperti adik beradik dalam sebuah keluarga. Sehubungan dengan itu menjadi tanggungjawab ahli KKDK untuk mewujudkan keluarga KKDK yang bahagia dan harmoni.


Budaya Hidup Ahli KKDK

Budaya Hidup Ahli KKDK mempunyai 10 prinsip yang harus diamalkan bagi menunjukkan identiti ahli KKDK.

1. Pengurusan organisasi yang mantap dan sistematik.

2. Berusaha untuk menepati masa.

3. Berani dan bersedia untuk mencuba sesuatu yang baru.

4. Mempunyai kemahuan ingin belajar yang tinggi dan pada masa yang sama mengamalkannya dalam kehidupan.

5. Menjaga tatasusila dan adab sopan.

6. Saling menghormati antara satu sama lain.

7. Mempunyai keyakinan dan motivasi diri yang mantap.

8. Sentiasa berbincang bersama untuk mendapatkan kata sepakat dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

9. Berkongsi bersama ahli KKDK yang lain segala pengalaman, kejayaan dan kesusahan.

10. Sentiasa mewujudkan suasana kekeluargaan yang mesra dan ceria.


7 Cabaran KKDK

7 Cabaran KKDK adalah di antara cabaran yang bakal dihadapi oleh setiap ahli KKDK dalam mengharungi kehidupan ini.

1. Cabaran dalam aspek kepimpinan KKDK yang mantap, bertanggungjawab, dinamik dan mempunyai komitmen yang tinggi.

2. Cabaran dalam aspek akademik bagi mencapai keputusan cemerlang

3. Cabaran dalam aspek kesetiaan ahli KKDK untuk mengerakkan KKDK ke arah kecemerlangan

4. Cabaran dalam mendapat kepercayaan sesama ahli KKDK.

5. Cabaran daripada pihak luar yang ingin bersaing dengan KKDK

6. Cabaran untuk memartabatkan agama ke arah menjadikan agama sebagai satu cara hidup.

7. Cabaran dalam melahirkan ahli KKDK yang mempunyai identiti yang tersendiri.


Budaya Kerja KKDK

Budaya Kerja KKDK merupakan garis panduan yang telah disepakati untuk diamalkan dalam segenap aktiviti dan program yang dijalankan setiap tahun.

8:45 PM

PENGENALAN

Posted by myKKDK

Kelab ini pada awalnya ditubuhkan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) cawangan Kuala Lumpur, Kampus Semarak pada tahun 1992. Untuk meneruskan kesinambungannya, sebuah jawatankuasa pelaksana Kelab Kaunseling Dan Kerjaya (KKDK) di UTM Skudai telah diwujudkan. Oleh itu, pada tanggal 1 Jun 1996, jawatankuasa tersebut telah berjaya dibentuk secara rasmi yang terdiri daripada kumpulan Pembimbing Rakan Sebaya, AJK Pesta Kerjaya ’96 dan Unit Perkhidmatan Sokongan Pelajar. Pengambilan ahli telah dilakukan melalui proses temuduga. KKDK pada masa sekarang mempunyai ahli seramai lebih 500 orang. KKDK dinaungi oleh Pusat Kaunseling & Kerjaya, Pejabat Hal Ehwal Pelajar. Aktiviti tahunannya adalah seperti ceramah-ceramah yang berkaitan dengan kaunseling dan kerjaya, forum, kursus kecemerlangan dan motivasi, penerbitan dan perundingan. Manakala acara tahunan terbesar KKDK pula adalah seperti Pesta Kerjaya, Bengkel Kerjaya dan Seminar Kaunseling Remaja Negeri Johor.

Logo Rasmi KKDK


MATLAMAT KELAB KAUNSELING DAN KERJAYA

Melahirkan teknokrat-teknokrat yang bermotivasi tinggi, berketrampilan , matang dan yakin pada diri sendiri.


OBJEKTIF KELAB KAUNSELING DAN KERJAYA

  1. Membantu mahasiswa dalam membangunkan potensi yang sedia ada dalam pelbagai bidang yang diceburi.
  2. Membentuk mahasiswa yang bermotivasi tinggi, berdaya maju dan mempunyai daya saing yang tinggi dalam menangani pelbagai masalah.
  3. Menyemai daya kepimpinan diri supaya mampu melaksanakan tugas, peranan dan tanggungjawab secara jujur, ikhlas dan amanah.
  4. Menjadi ‘pemudah cara’ kepada mahasiswa lain dalam menyelesaikan masalah.
  5. Mengembalikan kecemerlangan dan kegemilangan mahasiswa sebagai penggerak masyarakat ke arah yang lebih positif.
  6. Memberi pendedahan awal dan membantu mahasiswa dalam kerjaya yang ingin diceburi.

COGANKATA KELAB KAUNSELING DAN KERJAYA

-Ke Arah Kecemerlangan Bersama-